Banner
  • Search

  • Perakini

    Akal untuk Berfikir

    Monday
    Dec 22nd

    Ancaman jenayah siber dalam kepesatan teknologi maklumat

    User Rating: / 9
    PoorBest 

    Kepesatan kemajuan teknologi maklumat di abad ke 21 ini membawa kecelikan komputer di kalangan masyarakat.  Malaysia telah mensasarkan setiap rumah akan dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar dalam pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 yang mewajibkan pemaju menyediakan kemudahan jalur lebar di kawasan perumahan baru pada masa depan. Disamping itu, kadar sewaan jalur lebar yang ditawarkan oleh setiap penyelia perkhidmatan juga telah diturunkan dengan seminimum mungkin bagi menggalakan penggunaan Internet di kalangan rakyat Malaysia.

    Banyak perkhidmatan kerajaan yang dahulunya bersifat kaunter pelayan telah bertukar menjadi on-line atau atas talian. Banyak urusan daripada kemudahan pendaftaran dan semakan daftar pemilih SPR, kemudahan semakan dan bayaran saman, urusan di LHDN, bayaran zakat sehinggalah perkhidmatan perbankan seperti maybank2u oleh Maybank, cimbclicks oleh CIMB dan sebagainya.  Kemudahan teknologi ini juga membolehkan pekerja dalam bidang tertentu bekerja secara mobil dan tidak perlu ke pejabat. Mereka hanya dibekalkan sebuah laptop, sebuah telefon bimbit dan sebuah kereta. Mereka boleh bekerja di mana–mana sahaja asalkan menyiapkan kerja dan mencapai target jualan masing-masing. Pendek kata, hampir 90% urusan harian hanya boleh diselesaikan di hujung jari di mana-mana sahaja.

    Namun begitu, kecelikan manusia terhadap teknologi maklumat juga mengundang inovasi bagi mengeksploitasi teknologi ini untuk tujuan jenayah siber.  Sedar atau tidak kita sentiasa menerima ancaman jenayah siber yang dilakukan oleh mereka yang berpendidikan tinggi dan profesional. Pada asalnya mungkin hanya bersifat 'cuba-cuba' dan menguji kepakaran tetapi akhirnya menjadi seronok membuat keuntungan.

    Pernahkan kita menerima pesanan SMS yang mengatakan kita memenangi sesuatu yang kita tidak pernah sertai seperti  “Congratulations, Sim Card anda telah berjaya memenangi Cabutan Wang Tunai Rm.25.000,00 dri,( POWER ROOT SDN BHD) Sila tel: 012 842 5484 Terima Kasih”?

    Sebagai pengguna perbankan Internet contohnya maybank2u, anda menerima email seperti dalam gambar kononnya daripada maybank memberitahu anda supaya login ke maybank2u melalui URL yang diberikan dalam email tersebut?

    Sebagai pembeli atas talian seperti pengguna mudah.com, pernahkan anda ter’kena’ dengan pembelian barang yang tidak sampai walaupun duit pendahuluan telah dipindahkan ke akaun penjual?

    Kita juga mendengar jenayah siber yang dilakukan warga afrika dengan mensasaran wanita tempatan yang terdiri daripada golongan janda atau bujang berusia di antara 40 dan 50-an. Mereka akan menjerat mangsa menerusi laman web sosial dengan menggunakan janji-janji manis melalui telefon atau bersembang dalam Internet.Lama-kelamaan, mangsa akan jatuh cinta tanpa menyedari mereka sebenarnya terjerat perangkap yang dipasang dan ketika itu penjenayah akan bertindak.

    Mangsa akan dimaklumkan kononnya akan melawat negara ini dan menjanjikan satu bungkusan hadiah mewah sebagai tanda kasih sayang. Barangan yang dijanjikan biasanya terdiri daripada barang kemas, beg dan jam tangan berjenama, komputer riba dan barangan mahal lain termasuk dolar Amerika dan pound Sterling yang akan dikirimkan menerusi syarikat penghantaran. Mangsa kemudian akan diberitahu bungkusan tersebut telah sampai, tetapi terkandas pada kastam. Seorang 'pegawai kastam' pula akan menghubungi mangsa dan menjelaskan sejumlah bayaran untuk menuntut bungkusan itu.Penjenayah akan meyakinkan mangsa membuat bayaran secara berperingkat-peringkat, daripada puluhan sehingga ada yang mencecah ratusan ribu ringgit mengikut kemampuan mangsa.Mangsa yang dilamun cinta akan berbuat demikian sehinggalah mereka kehabisan wang dan akhirnya sedar diri mereka ditipu kerana bungkusan itu langsung tidak wujud. Kes ini masih berlaku dan akan terus berlaku. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0709&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_07.htm&arc=hive

    Anda boleh dapati senarai jenis penipuan (scamming) di laman web  http://www.scammeralert.info/.  Laman ini memasarkan beberapa kes benar yang berlaku untuk dijadikan iktibar oleh kita semua.

    Selain daripada berbentuk  kes-kes penipuan seperti di atas, jenayah siber yang lain boleh jadi dalam pencerobohan masuk ke dalam sistem komputer, PC, pengkalan data secara tidak sah melalui kaedah terus (local machine) atau secara jarak jauh (remote login) dan melakukan perbuatan seperti  kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer, kecurian maklumat,, menyalin perisian secara tidah sah dan tujuan pengintipan. 

    Baru-baru ini kita mendengar berita  seorang lelaki rakyat Malaysia mengaku menggodam sistem komputer sebuah cawangan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat serta kontraktor Pentagon selain didapati memiliki 400,000 kad kredit curi. Lin Mun Poo, 32, disabitkan oleh juri mahkamah atas empat pertuduhan termasuk menggodam sistem cawangan bank itu di Cleveland, Ohio, dan jika disabitkan boleh dihukum penjara enam setengah tahun hingga lapan tahun. Dia ditahan 21 Oktober lalu oleh ejen Perkhidmatan Perisikan Amerika, beberapa jam setibanya di sini, ketika menjual nombor kad kredit yang dicuri dengan harga AS$1,000 (RM3,121) di sebuah restoran di bandar raya ini. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GodambankpusatAS/Article/

    Selain itu, jenayah siber boleh juga dalam bentuk menganjurkan judi siber dan skim cepat kaya. Bulan Jun 2010, Seorang pekebun yang mencari pendapatan sampingan dengan mengendalikan laman web pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 menjadikan rumah mereka sebagai pusat beroperasi sehingga mampu meraih keuntungan lebih RM20,000 sehari. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jadibookiecariduitlebih/Article/

    Perbuatan menyebarkan bahan-bahan pornografi juga adalah bentuk jenayah siber.  Kes popular adalah penyanyi terkenal Indonesia kumpulan Peterpan, Nazriel Ariel Irham yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengedarkan dua rakaman video seks melalui internet, yang mengejutkan dan menarik perhatian di negara terbabit
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sayasediahadapiapasaja_Ariel/Article/

    Begitu juga dengan perbuatan penyebaran virus. Dalam tahun 2002, penyebaran virus Melissa dan Love Letter telah menyebab kerugian lebih 80 bilion dolar. http://www.pcworld.com/article/97964/melissa_virus_author_sentenced.html

    Jenayah siber sekiranya tidak dibendung akan menjadi begitu serius sehingga boleh meruntuhkan sistem ekonomi, prasarana dan institusi serta menyebabkan kecederaan atau maut sekiranya tidak dikawal.

    Di Malaysia, penjenayah siber akan didakwa dibawah akta beberapa akta seperti Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997, Akta Hakcipta Pindaan 1997 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Walaupun terdapat akta, kegiatan profesional dan teliti penjenayah siber akan menyebabkan mereka sukar untuk tertangkap dan didakwa. Memang ada yang dapat ditangkap tetapi masih ramai yang sedang bebas melakukannya di luar sana. Oleh yang demikian, para pengguna teknologi ini haruslah berhati-hati dalam menggunakannya.

    Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
     

    Comments  

     
    0 #3 boxing equipment 2014-07-10 19:29
    There are few essential types of gloves given; these are designed for a particular intention:.
    The jab itself even though its the basic punch in the book
    but is probably the most important because it will push the fighter of balance.

    re more likely to work slower, spill more, cause more problems, and result in less tea made less well, and with more mess to clear up.
    Quote
     
     
    0 #2 urdu miss you sms 2014-02-22 15:18
    Quality posts is the important to interest
    the visitors to pay a visit the site, that's what this website is providing.
    Quote
     
     
    0 #1 paw @ gie 2011-03-21 23:14
    kita memang perlu berhati-hati sentiasa.. ;-)
    Quote
     

    Add comment


    Security code
    Refresh

    Perakini © Para Pembaca bebas menyalin artikel ini tetapi hendaklah meletakkan pautan asalnya bagi memudahkan rujukan semula. Artikel-artikel di sini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

    Banner
    Facebook MySpace Twitter Google Bookmarks RSS Feed 

    Waktu Solat

    Lagu nasihat
    Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com

    Kenyataan Media@alternatif

    Aljazeera.Net

    JComments Latest

    • There's certainly a great deal to find out about t...
    • Your method of explaining the whole thing in this ...
    • Undeniably consider that which you stated. Your fa...
    • Wow, incredible weblog format! How long have you e...
    • Dalam merawat Psoriasis, herba-herba yang bersesua...