Banner
  • Search

  • Perakini

    Akal untuk Berfikir

    Wednesday
    Oct 22nd

    Mengenang sejarah perjuangan nabi 1

    User Rating: / 0
    PoorBest 

    12 Rabiul Awal, hari ulang tahun kelahiran nabi. Hakikatnya, pada tarikh maulid nabi itu sendiri terdapat sebuah isu yang menjadi perbincangan di kalangan ulama. Iaitu tiada pendapat atau kata sepakat bagi menetap tarikh kelahiran Nabi itu sendiri. Ada yang menguatkan dengan tarikh lahir yang sebenar adalah pada 8 Rabbi’ul Awwal, ada yang menguatkannya dengan tarikh 9, dan ada yang menyatakan dengan tarikh 12 Rabbi’ul Awwal. Malah, ada yang mengambil keputusan bahawa, tidak diketahui dengan tepat akan tarikh kelahirannya kerana pada zaman tersebut belum ada lagi sistem kalendar yang sistematik berlangsung.

    Ar-Rahiq Al-Makhtum Sirah Nabawiyyah SAW menyebutkan Nabi dilahirkan pada hari Isnin 9 Rabiul Awwal bersamaan 20 atau 22 April 571(M) berdasarkan analisis yang dibuat oleh seorang alim besar Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri dan seorang lagi penganalisis ahli falak iaitu Mahmud Basya.

    Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi juga telah memberi komen mengenai sambutan maulid ini. Beliau berkata(ringkasan). ³Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Saad Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

    Bagaimanapun, demi kebaikan Bulan Rabi’ulawal wajar dijadikan bulan memperingati nabi dan sambutan maulidur rasul perlu dibuat  oleh umat Islam. Cuma kita sambutan maulidur rasul yang kita lakukan perlu dengan niat untuk meraikan hari yang penuh bermakna kita dikurniakan rahmat sekelian alam iaitu Baginda junjungan Nabi saw. Kelahiran seorang manusia agung yang telah membawa nikmat iman dan dan Islam kepada kita. "Dan kami tidak utuskan engkau. (wahai Muhammad) melainkan sebagai Rahmat bagi sekelian alam"

    Sambutan tersebut bukanlah sekadar gembira menyambut hari ulang tahun lahirnya batang tubuh nabi semata-mata dengan segala bentuk perayaan. Kalaulah hanya sekadar itu, Abu Jahal dan Abu Lahab juga amat gembira dengan kelahiran nabi. Diberitakan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab masing-masing telah menyembelih 100 ekor kambing kerana gembira dengan kelahiran nabi. Dalam Sahih Bukhari ada disebutkan bahawa Abu Lahab akan dihentikan siksaan kubur yang diterimanya, kerana beliau telah membebaskan hambanya, Thuwayba yang telah mengkhabarkannya kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad (s.a.w). Thuwayba merupakan ibu susu nabi yang pertama.

    Kita mengetahui bahawa hayat Rasulullah amat singkat berbanding hayat hidup nabi-nabi yang lain sebelumnya yang menjangkau ratusan tahun. Umpamanya Nabi Nuh hidup selama 950 tahun, Nabi Adam selama 930 tahun, Nabi Ibrahim selama 175 tahun dan Nabi Ismail hidup selama 137 tahun. Hayat Rasulullah pula cuma hanya 63 tahun.

    Nabi dibesarkan oleh bapa saudaranya Abi Talib sejak berumur 8 tahun setelah kematian ibunya dan datuknya. Nabi banyak membantu Abi Talib berniaga. Nabi berkahwin ketika berumur 25 tahun dengan Siti Khadijah yang ketika itu berumur 40 tahun.

    Nabi menerima wahyu ketika berumur 40 tahun iaitu usia tahap matang seorang lelaki daripada sudut pertumbuhan fizikal dan mental untuk menerima tanggungjawab yang besar dalam hayatnya. Falsafah barat pula yang menyebutkan ‘life starts at 40’ hanya menggalakkan lelaki melupakan tangggungjawab dan bersukaria tatkala umur menjangkau 40 an.

    Selepas itu Nabi memulakan sesi dakwah selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Selama 13 tahun di Mekah, di kisahkan hanya lebih kurang 313 sahaja orang yang menerima dakwah Rasulullah, yang mana majoritinya terdiri daripada golongan bawahan iaitu hamba dan orang miskin.

    Ini bukanlah lambang kelemahan nabi dalam menjalankan da’wah kerana sejarah telah menunjukkan da’wah di Makkah menghadapi tentangan hebat daripada masyarakat Makkah. Nabi beberapa kali menghadapi cubaan bunuh dan sentiasa terselamat dengan pertolongan Allah dan juga perlindungan yang tidak berbelah bagi yang diberikan oleh bapa saudaranya Abi Talib.

    Abi Talib sangat menyayangi Nabi sehingga turut serta dikenakan sekatan makanan selama 3 tahun bersama Nabi walaupun dia tidak pernah beriman dengan Nabi sehingga ke akhir hayatnya. Pernah seketika Abi Talib terasa amat tertekan dengan ancaman pembesar-pembesar Makkah dan amat risau dengan keselamatan Nabi telah memanggil Nabi dan merayu menghentikan kerja dakwah Nabi.

    Nabi telah menjawab seruan Abi Talib ini dengan bersabda, “seandainya matahari diletakkan atas tangan kananku dan bulan ditangan kiriku sebagai ganjaran untukku meninggalkan kerja ini, nescaya tidak aku tinggalkan sehingga aku berjaya atau aku mati kerananya”.

    Akan tetapi Abi Talib mati dalam keadaan tidak beriman sekalipun telah dipujuk sedaya upaya oleh Nabi. Di saat kesedihan nabi melihat kengganan Abi Talib, maka turunlah ayat

    Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

    Dengan hidayah Allah, ramai yang tidak disangka-sangka beriman kepada Allah. Saidina Hamzah dan Saidina Umar, pembesar Makkah yang terkenal dengan garang dan bengis, beriman dan menjadi tonggak kekuatan nabi. Saidina Umar, ketika orang lain berhijrah secara sembunyi, dia seorang saja yang berani bersolat dan mengisytiharkan hijrah secara terang-terangan.

    Setelah kematian Abi Talib, ancaman terhadap dakwah nabi semakin hebat dan penindasan demi penindasan dilakukan ke atas orang-orang Islam. Maka nabi terpaksa melakukan penghijrahan. Setelah penghijarahan ke Taif dan Habsyah, hijrah paling berjaya adalah hijrah ke madinah.

    Satu kisah menarik melambangkan futuristic nabi ialah ketika berhijrah ketika di kejar oleh Suraqah bin Malik. Suraqah tertarik dengan tawaran pembesar Quraisy menyediakan hadiah seratus ekor unta betina muda yang hampir beranak bagi yang dapat menangkap Muhammad bin Abdullah hidup atau mati. Di saat Suraqah hampir dapat membunuh nabi, kaki kudanya tenggelam sehinggalah dia merayu kepada nabi agar dilepaskan kudanya dan berjanji tidak mengganggu nabi malahan berjanji melencongkan sesiapa yang cuba menjejaki nabi. Nabi telah bertanya suraqah ‘apakah rasanya dapat memakai gelang kebesaran kerajaan kisra’. Suraqah hanya beriman ketika pembukaan kota Makkah iaitu 9 bulan sebelum kewafatan nabi. Suraqah diberi umur panjang dan menyaksikan kemenangan pasukan Islam di bawah kepemimpinan Khalifah Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Pada zaman umar al khattab Islam melalui Panglima Saad bin Abi Waqqas berjaya menakluki kerajaan Persia dan membawa balik harta rampasan perang. Khalifah kemudian memanggil Suraqah bin Malik. Kepadanya, Khalifah memakaikan busana kebesaran Kisra itu lengkap dari mulai celana, sepatu, pedang, gelang, pakaian kebesaran, dan mahkota. Dengan demikian, terbuktilah ucapan Baginda Nabi kepada Suraqah sepuluh tahun sebelumnya – “Bagaimana jika suatu waktu kamu memakai gelang kebesaran Kisra?”

    Di Madinah Dakwah Nabi s.a.w.mendapat sambutan diluar dugaan. Di Madinah Nabi s.a.w. disamping mendirikan masjid Rasulullah s.a.w., telah mempersaudarakan  kaum Muslimin yang datang dari Makkah (Muhajirin) dengan kaum Muslimin di Madinah (Ansor). Disamping itu Nabi telah berjaya menyatupadukan semua pendudukan Madinah yang terdiri daripada  berbilang kaum dan agama, dengan membuat perjajian yang terkenal dengan Piagam Madinah.

    Pada hari ini Kami sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku sempurnakan nikmatku ke atas kamu dan Aku reda bahawa Islam ialah agama bagi kamu

    Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma
    Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.

    Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
    "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

    Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.

    Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.

    Demikianlah serba ringkas riwayat hidup Rasullullah. Hidupnya singkat tetapi impaknya besar kepada seluruh umat manusia. Setelah kematian nabi ada manusia yang  tidak dapat menerima kenyataan dan ada yang murtad sehingga Saidina Abu Bakar berkata
    Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati

    Nabi telah pergi tetapi tetapi telah meninggalkan kepada kita 2 perkara yang paling penting yang disampaikan dalam khutbah terakhirnya

    “aku tinggalkan pada kamu 2 perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selepas kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnahku”

    Sekiranya kita mengaku beriman dgn Allah, 2 perkara inilah yang patut kita junjung dan ikuti sepanjang hidup kita.

    Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
     

    Add comment


    Security code
    Refresh

    Perakini © Para Pembaca bebas menyalin artikel ini tetapi hendaklah meletakkan pautan asalnya bagi memudahkan rujukan semula. Artikel-artikel di sini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

    Banner
    Facebook MySpace Twitter Google Bookmarks RSS Feed 

    Waktu Solat

    Lagu nasihat
    Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com

    Kenyataan Media@alternatif

    Aljazeera.Net

    JComments Latest

    • I am not sure where you're getting your informatio...
    • I do not leave many comments, however i did a few ...
    • Thanks to my father who told me about this webpage...
    • As the webmasters and marketers restored their pre...
    • Unquestionably imagine that that you stated. Your ...