Banner
  • Search

  • Perakini

    Akal untuk Berfikir

    Wednesday
    Oct 01st

    Tudung antara tuntutan syariat, fesyen, fitnah dan hipokrit

    User Rating: / 5
    PoorBest 

    Memakai tudung bagi orang perempuan adalah sebahagian daripada tuntutan menutup aurat. Ini bermakna memakai tudung yang sempurna semata-mata tanpa menjaga aurat yang lain masih menyebabkan seseorang wanita masih tidak sempurna dalam memenuhi tanggungjawab menutup aurat. Islam melalui al-quran, al hadis dan kesepakatan para ulama' jelas memberikan garis panduan dalam penjagaan aurat wanita yang merangkumi aspek fizikal dan juga pembawaan diri.

    Hikmah

    "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

    Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

    Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. Pakaian menutup aurat ini seumpama pakaian seragam kepada muslimah supaya dengan itu, sesiapa sahaja yang memandang akan meletakkan tahap hormat ke wanita muslim.(Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan).

    Salah Faham mengenai aurat

    Kita amat marah kalau dipanggil orang yang mengamalkan ajaran sesat. Akan tetapi kesesatan sedang jelas berlaku di mana-mana lantaran kesesatan dalam memahami dan mengamalkan tuntutan menjaga aurat bagi wanita muslim. Jelas sekali, ia berlaku di semua peringkat umur dengan pelbagai jenis fesyen yang ada di pasaran termasuklah yang dikatakan sebagai BUSANA MUSLIMAH.

    Fenomena ini berlaku apabila wujudnya konflik dalam diri wanita muslim iaitu antara keinginan untuk kelihatan cantik dan menawan di mata yang memandang dan kewajipan untuk mematuhi tuntutan syariah. Maka, wujudlah jalan tengah yang diambil berdasarkan keperluan komersial dan mengelirukan. Kecantikan muslimah dikatakan perlu ditonjolkan di mata masyarakat agar muslimah kelihatan berfesyen, berkeyakinan tinggi tanpa meninggalkan elemen keislaman iaitu bertudung (melindungi rambut).

    Lantas, pematuhan syariah hanyalah dilihat pada tudung semata-mata dan tidak lagi penjagaan aurat secara total. Akibatnya, generasi wanita hari ini terutamanya remaja mulai keliru dengan penjagaan aurat yang sebenarnya. Syarat kewajipan menutup aurat ditentukan semata oleh penilaian diri sendiri dan tidak berdasarkan apa yang ditetapkan oleh syarak.

    Apabila Kain jenis Lycra menjadi Trademark fesyen muslimah

    Kain Lycra menjadi fenomena dan amat popular ketika ini. Berjalanlah di mana-mana sahaja di Malaysia, sebahagian besar muslimah memakai kain tudung yang diperbuat daripada kain jenis lycra. Tidak cukup dengan fesyen tudung yang pelbagai bentuk, kain lycra kini digunakan untuk membuat baju t-shirt, kaju kurung dan jubah muslimah.

    Lycra menjadi pilihan kerana kerana ciri-ciri seperti tidak renyuk walau disimpan didalam beg, lembut di kulit, amat selesa dan sejuk kerana material ini memberi pengudaraan yang baik bagi si pemakainya. Trend ini berubah dengan ketara apabila kain jenis satin, nylon, cotton dan sebagainya tidak lagi menjadi pilihan dan amat sukar diperolehi ketika ini.

     Konflik antara kain Lycra dan tetapan syarak

     Kita semua sedia maklum dengan sifat kain Lycra yang begitu lembut dan mengikut bentuk, kadangkala nipis yang jelas amat kontra tetapan syarak yang menghendaki penggunaan pakaian yang tebal dan longgar dan tidak menampakan bentuk tubuh badan.

     “Sesungguhnya Asma’ telah memasuki (rumah) Rasulullah S.A.W dan pada badannya, pakaian nipis, maka baginda memalingkan muka daripadanya, kemudian bersabda : “Wanita yang sudah mencapai haid (baligh), tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil Rasulullah S.A.W menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya “. (Riwayat Abu Daud).

    Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”

    Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

    Di samping itu, kebanyakan tudung yang direka menggunakan kain ini juga tidak menetapi syarak melabuhkan tudung sehingga menutup dada malahan kain ini menambahkan masalah apabila rekaan jenis labuh pula menyebabkan ia melekat kepada badan si pemakai kerana sifatnya yang lembut.

    Fitnah

    Umumnya kebanyakan wanita mengetahui perkara ini tetapi mengambil pendekatan longgar dengan menganggapnya sebagai remeh. Ini menjadi bertambah berat apabila pihak-pihak berwajib membisu seribu bahasa tidak mengendahkan fenomena ini. Anak-anak pula dibiarkan berpakaian sepertimana yang mereka faham. Media pula memaparkan role model. Akhirnya muslimah hari ini mengalami krisis identiti.

    akan bersambung ..

     

     

    Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
     

    Comments  

     
    0 #1 aksesoris jilbab 2014-09-01 14:58
    Greate article. Keep posting such kind of info on your site.
    Im really impressed by it.
    Hey there, You've done an incredible job. I will definitely digg it
    and for my part suggest to my friends. I am sure they'll be benefited from this website.
    Quote
     

    Add comment


    Security code
    Refresh

    Perakini © Para Pembaca bebas menyalin artikel ini tetapi hendaklah meletakkan pautan asalnya bagi memudahkan rujukan semula. Artikel-artikel di sini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

    Banner
    Facebook MySpace Twitter Google Bookmarks RSS Feed 

    Waktu Solat

    Lagu nasihat
    Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com

    Kenyataan Media@alternatif

    Aljazeera.Net

    JComments Latest

    • :zzz :zzz :zzz :zzz :zzz :zzz :zzz :zzz :zzz :zzz ...
    • Wonderful goods from you, man. I've understand you...
    • Sweet blog! I found it while surfing around on Yah...
    • I used to be able to find good info from your blog...
    • Greetings! Very helpful advice within this post! I...