Banner
  • Search

  • Perakini

    Akal untuk Berfikir

    Monday
    Oct 20th

    Adab Perbezaan Pendapat dalam Islam

    User Rating: / 0
    PoorBest 

    Buku ini mengandungi enam fasa yang menyentuh beberapa  tajuk tertentu. Di antaranya ialah penerangan mengenai hakikat perselisihan pendapat, sejarah perselisihan pendapat di dalam Islam, perbezaan manhaj para imam di dalam menetapkan hukum fiqah, sebab-sebab perbezaan pendapat dan perkembangannya, panduan dan adab perbezaan pendapat di kalangan para imam mazhab dan perselisihan pendapat masa kini dan adabnya.

    Dr Thaha Jabir pada muqaddimah buku ini menarik perhatian pembaca dengan menyifatkan perselisihan pendapat adalah di antara penyakit yang paling berbahaya yang menimpa umat Islam. Ia meliputi bidang aqidah, pemikiran, tindakan bahkan sampai kepada uslub-uslub fiqah dan persoalan ibadat.
    Beliau seterusnya menegaskan bahawa Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw telah member perhatian yang khusus terhadap perlunya dielakkan perselisihan pendapat. Walaubagaimapun perbezaan pendapat di dalam perkara furu’ (kecil) bagi memperoleh pendapat yang lebih utama adalah dibenarkan asalkan mematuhi adab-adabnya.

    Dalam fasal pertama, pengarang menjelaskan beberapa istilah yang mempunyai hubungkait dengan isu perbezaan pendapat antaranya alkhilaf (perselisihan pendapat), AlDhad (perdebatan) dan alikhtilaf (perbalahan).
    Dalil-dalil daripada Al Quran dan As-Sunnah telah diturunkan bagi menjelaskan maksub-maksud istilah-istilah tersebut. Di samping itu, pengarang juga menerangkan jenis pembahagian pendapat dan faedah perselisihan pendapat.

    Dalam fasal kedua buku ini, pengarang menyorot kembali  sejarah perselisihan pendapat di kalangan para sahabat semasa hayat Rasulullah saw dan selepas kewafatan baginda. Apa yang menarik di dalam fasal ini ialah penerangan agak terperinci  mengenai ta’wil dan jenis-jenis. Keadaan ini mungkin tidak dapat dielakkan oleh pengarang yang sememangnya mahir dalam ilmu fiqh. Dr Thaha Jabir turut memetik hadis Rasulullah saw yang memperingatkan agar perselisihan pendapat itu tidak sampai merosakkan umat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “Jangan kamu berselisih, nanti berselisih hati kamu”.
    Beberapa insiden perbezaan pandangan di antara para sahabat telah turut dipaparkan oleh pengarang seperti perselisihan mengenai kewafatan Rasulullah saw, perlantikan khalifah, memerangi orang-orang yang tidak membayar zakat dan masalah-masalah fiqah. Dr Thaha Jabir menyimpulkan di dalam fasal ini bahawa segala perselisihan tersebut dapat diselesaikan kerana kesediaan para sahabat merujuk kepada Al Quran dan Assunnah untuk penyelesaian. Di samping itu, mereka juga berselisih pandangan untuk mencari kebenaran.

    Di akhir fasal ini, pengaranag mengemukan satu persoalan yang harus difikirkan bersama oleh para pembaca dengan menyatakan “Mereka ini (para sahabat) adalah golongan yang menghunus pedang untuk berperang dan mereka menghalalkan darah orang yang tidak sependapat dengan mereka, akan tetapi apabila disebut dengan kebenaran ternyata menyahut sejumlah besar dari mereka. Apabila mereka diperingatkan dengan Al Quran, mereka mengambil pelajaran. Bila diajak berbincang mereka menyahut dengan hati yang terbuka, tetapi di manakan umat Islam hari ini?”

    Seterusnya, fasal ketiga buku ini memaparkan perbezaan pendapat para imam di dalam menetapkan hukum. Pengarang member penerangan yang jelas mengenai perbezaan di antara manhaj-manhaj Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibn Hanbal.  Pengarang menyimpulkan fasal ini dengan menegaskan pengikatan diri terhadap sesuatu pandangan dengan mengenepikan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah adalah faktor yang menonjol dalam perbezaan yang buruk dan tidak disenangi oleh para ulama mujtahidin. Beliau juga melahirkan rasa kekecewaan terhadap umat Islam masa kini yang berselisih pandangan dalam perkara remeh-temeh.
    Fasal keempat buku ini memberikan gambaran yang jelas mengenai sebab-sebab perbezaan pandangan di kalangan para fuqaha. Perbincangan ini merupakan huraian seperti yang juga terdapat di dalam kitab-kitab usul fiqh yang lain. Walau bagaimanapun, bagi pembaca yang kurang arif mengenai usul ilmu fiqh, perbincangan tersebut adalah amat bermanafaat.

    Panduan dan adab perbezaan pendapat di kalangan para Imam mazhab dibincangkan dalam fasal kelima. Pengarang telah memaparkan beberapa peristiwa perselisihan pandangan di kalangan para fuqaha. Di antaranya ialah surat Laith bin Saad kepada Imam Malik r.a.
    Adalah didapati bahawa para ulama’ generasi salafussalih saling menghormati di antara mereka. Di samping itu, mereka juga cuba menghindarkan diri daripada berfatwa kerana takut tersalah. Walaupun demikian, para ulama salafus saleh itu jauh dari perasaan kekurangan dan rendah diri namun sangat berhati-hati, menghadapi sesuatu persoalan di dalam perbincangan sesame mereka. Soal-soal peribadi tidak pernah disentuh langsung. Fasal ini akan memberikan gambaran kepada pembaca terhadap adab-adab perbezaan pandangan di kalangan  ulama salafus saleh yang boleh dijadikan contoh di dalam mengendalikan perbezaan pandangan sesame mereka.

    Fasal keenam adalah kemuncak perbincangan di dalam buku ini. Didalam fasal ini pengarang cuba mengenal pasti punca-punca perbezaan pandangan umat Islam masa kini dan langkah-langkah untuk mengawalnya. Pengarang menjadikan kejahilan terhadap Islam atau kekurangan ilmu mengenai Islam sebagai faktor paling penting yang mendorong timbulnya perbezaan pendapat dikalangan umat.
    Seterusnya, beliau cuba mengenalpasti punca-punca perbezaan dikalangan pendukung-pendukung gerakan Islam yang telah memberi peluang kepada musuh Islam menanamkan jarum mereka. Pertarungan kelompok Islam di dalam perkara khilafiyyah (remeh-temeh) adalah disebabkan oleh kesamaran di antara perkara-perkara juz’iyyat (ranting) dengan kuliyyat (pokok) dan di antara maksud dan prinsip pada kebanyakan mereka.

    Pada penghujung buku ini, pengarang telah mencadangkan agar para pelopor gerakan Islam mengambil langkah-langkah berikut:-
    Para pendukung mestilah menguasai ilmu-ilmu asas mengenai Al Quran dan Assunnah daripada guru-guru yang berkelayakan.
    Mengutamakan ukhuwwah Islamiyyah tanpa menganggap mudah persoalan-persoalan aqidah yang asas yang tidak mungkin dita’wilkan.
    Para pendukung gerakan Islam seharusnya memahami adab-adab perbezaan pendapat dikalangan para imam mujtahidin. Peninggalan adab ini adalah satu pengkhianatan terhadap Islam yang memang dinanti-nanti oleh musuh Islam.

    Sesungguhnya dengan membaca buku ini umat Islam akan menghargai perbezaan pendapat di kalangan para ulama salafus saleh dan tidak menganggap sebagai punca kepada kemunduran umat Islam sekarang. Disamping itu juga buku ini boleh dijadikan asas permulaan untuk menyediaan diri -bagi menyelesaikan perbezaan-perbezaan pandangan umat Islam masa kini.

    Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
     

    Add comment


    Security code
    Refresh

    Perakini © Para Pembaca bebas menyalin artikel ini tetapi hendaklah meletakkan pautan asalnya bagi memudahkan rujukan semula. Artikel-artikel di sini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

    Banner
    Facebook MySpace Twitter Google Bookmarks RSS Feed 

    Waktu Solat

    Lagu nasihat
    Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com

    Kenyataan Media@alternatif

    Aljazeera.Net

    JComments Latest

    • I am not sure where you're getting your informatio...
    • I do not leave many comments, however i did a few ...
    • Thanks to my father who told me about this webpage...
    • As the webmasters and marketers restored their pre...
    • Unquestionably imagine that that you stated. Your ...