Banner
  • Search

  • Perakini

    Akal untuk Berfikir

    Wednesday
    Jul 23rd

    Statistik pembuangan bayi

    User Rating: / 50
    PoorBest 

    Sinopsis

    Banyak yang telah dilaporkan, entah berapa banyak pula lagi yang tidak dilaporkan. Ada yang ditemui dalam bentuk tidak cukup sifat iaitu dilahirkan secara paksa dan ada yang ditemui dalam keadaan cukup sempurna dan comel. Besar kemungkinan ia masih hidup ketika dibuang. Ia pasti akan meruntut jiwa siapa sahaja yang melihatnya sambil memikirkan siapakah yang tergamak memperlakukan bayi yang tidak berdosa itu sedemikian rupa.

    Sumber statistik

    Bilangan kes adalah seperti yang dikeluarkan oleh PDRM dan data yang dikumpulkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Statistik ini cuba diperkuatkan dengan melihat perangkaan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

    2004 hingga 2010

    Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi tahun 2011, kepada semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.

    Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka.

    Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina.

    Kemaskini 

    Berdasarkan data dikumpulkan JKM dari tahun 2004 hingga 2009, sebanyak 20.4 peratus sasaran utama tempat pembuangan bayi dilakukan di kawasan rumah membabitkan 99 bayi, diikuti tempat pembuangan sampah membabitkan 77 bayi (15.8 peratus) dan bakinya di tempat seperti semak, masjid, sungai, tepi jalan dan hospital.

    Walaupun kini Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan denda tidak memlebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, kes buang bayi terus berlaku di mana Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 127 kes, diikuti Johor 104 kes, Sabah 73 kes, Serawak 42 kes dan Negeri Sembilan 30 kes.

     

    Sumber : Harian Metro Ahad 5/12/2010

    Zina atau seks luar nikah

    Selain daripada dibunuh atau dibuang, berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.

    Kempen

    Kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) telah dilancarkan semasa Malam Amal Raudhatus Sakinah pada 14 Julai 2007. . Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang bahaya zina khususnya di kalangan remaja dan memupuk sikap prihatin ibu bapa terhadap anak-anak dalam menangani permasalahan gejala sosial.

    Kempen Kami Prihatin telah dilancarkan pada 12 April 2010. Kempen yang lahir dari inisiatif akhbar Utusan Malaysia ini merupakan tindakan proaktif untuk mencetuskan rasa keinsafan dalam kalangan masyarakat yang rasa marah, geram dan benci terhadap manusia yang tergamak membuang bayi yang baru menjenguk dunia tanpa rasa belas. Kempen ini turut mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta stesen televisyen Astro Awani dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

    Pergerakan Puteri UMNO telah melancarkan kempen Life is Precious 1Malaysia 1Jiwa 1Cinta di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 April 2010 bagi menangani fenomena pembuangan bayi. Kempen itu bertujuan menyedarkan masyarakat untuk menghargai anak sebagai anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya.

    Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini atau Baby Hatch

    Pertubuhan Kebajikan dan pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) melancarkan Baby Hatch pada 29 Mei 2010.  Penganjurnya berpendapat Baby Hatch perlu diwujudkan di Malaysia kerana negara memiliki kerajaan yang bertanggungjawab serta rakyat penyayang. Kewujudan Baby Hatch tidak bertujuan menggalakkan kes kehamilan luar nikah, sebaliknya menyelamatkan bayi dibuang ibu bapa yang tidak menghendaki mereka. Baby Hatch yang beroperasi 24 jam adalah pilihan terakhir kepada bayi tidak dikehendaki yang menyediakan tempat perlindungan sihat dan selamat sebelum diserahkan kepada keluarga angkat. Sesiapa saja datang ke OrphanCARE dan meletakkan bayi di tempat yang dikhaskan.

    Hukuman

    13/8/2011. Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

    Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    Apakah langkah paling berkesan?

    Kes pembuangan bayi adalah kesan daripada aktiviti zina yang amat berleluasa ketika ini. Jelasnya kempen, baby hatch dan penguatkuasaan undang-undang pembuangan bayi sahaja tidak akan mengekang aktiviti zina daripada berlaku. Undang-undang sahaja tidak mampu menjaga manusia. Mahu tidak mahu penyelesaian menurut agama adalah yang paling berkesan. Hukum hudud dan Qisas adalah yang terbaik bagi tujuan menghukum dan dalam masa yang sama mendidik manusia.

    Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
     

    Comments  

     
    0 #16 Slot machines games 2014-07-22 22:25
    It's hard to come by knowledgeable people in this particular subject, however, you seem like you know what you're talking about!
    Thanks
    Quote
     
     
    0 #15 Free slots for fun 2014-07-22 16:47
    Very nice post. I just stumbled upon your weblog and wanted to say that I've truly enjoyed surfing around
    your blog posts. In any case I'll be subscribing to your feed and
    I hope you write again very soon!
    Quote
     
     
    0 #14 slots games with 2014-07-10 21:31
    Very nice article. I certainly appreciate this site. Keep it up!
    Quote
     
     
    0 #13 Slot games free 2014-07-10 21:21
    I like it when individuals come together and share opinions.

    Great website, stick with it!
    Quote
     
     
    0 #12 play slots online 2014-07-09 18:48
    I every time used to study post in news papers but now as I
    am a user of web thus from now I am using net for posts, thanks to web.
    Quote
     
     
    0 #11 3 reels 2014-07-04 22:43
    Hello! Someone in my Facebook group shared this
    site with us so I came to give it a look. I'm definitely enjoying the
    information. I'm book-marking and will be tweeting this to my followers!
    Excellent blog and amazing style and design.
    Quote
     
     
    +1 #10 Hamba Allah 2013-01-09 12:44
    Allah melaknat sesiapa yang melakukan kezaliman :roll:
    Quote
     
     
    0 #9 kurenai 2012-07-18 10:31
    Isu pembuangan bayi smmangnya meningkat... Kecian bayi2 yg innocent 2.. :cry:
    Quote
     
     
    +2 #8 hanna balqis 2012-03-29 19:20
    assalammualaiku m w.b.t
    nauzubillah...
    terkjut sangat melihat begitu banyak kes pembuangan byai pada masa kini
    nampak sngat masalah nie kian meruncing
    jadi marilah kita bersama-sama mengatasi masalah nie...
    insyaallah.. :-)
    Quote
     
     
    +1 #7 eyja 91 2012-03-16 15:31
    :cry: apa nak jd dgn masyarakat sek :cry: arang harap masalah ni segera di bendung!! ;-)
    Quote
     

    Add comment


    Security code
    Refresh

    Perakini © Para Pembaca bebas menyalin artikel ini tetapi hendaklah meletakkan pautan asalnya bagi memudahkan rujukan semula. Artikel-artikel di sini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

    Banner
    Facebook MySpace Twitter Google Bookmarks RSS Feed 

    Waktu Solat

    Lagu nasihat
    Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com

    Kenyataan Media@alternatif

    Aljazeera.Net

    JComments Latest

    • It's hard to come by knowledgeable people in this ...
    • Thankfulness to my father who stated to me on the ...
    • Very nice post. I just stumbled upon your weblog a...
    • Unquestionably imagine that which you stated. Your...
    • Please let me know if you're looking for a writer ...