Warning: Attempt to modify property of non-object in /home/peraki/public_html/plugins/system/mobilebot.php on line 197
Statistik PERAKINI - Sumber maklumat bermanafaat http://www.perakini.net/statistik.html Mon, 22 Sep 2014 14:11:38 +0000 Joomla! 1.5 - Open Source Content Management en-gb Penggunaan Telefon Pintar di Malaysia http://www.perakini.net/statistik/719-penggunaan-telefon-pintar-di-malaysia.html http://www.perakini.net/statistik/719-penggunaan-telefon-pintar-di-malaysia.html Memahami Pengguna Telefon Bimbit Asia itu menunjukkan trend terkini dalam pemilikan telefon pintar serta sikap pengguna di sembilan negara Asia Pasifik termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Australia, Hong Kong, China, India dan Singapura. Sumber : http://www.sinarharian.com.my/malaysia-gila-telefon-pintar-1.204032

PENGGUNAAN telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Malaysia mencatatkan kadar penembusan telefon pintar 80 peratus selepas Hong Kong dan Singapura (87 peratus), diikuti Australia (75 peratus) dan China (71 peratus). Penggunaan telefon bimbit di Asia Pasifik terus mencatatkan pertumbuhan berganda sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Penggunaan telefon pintar di pasaran membangun juga mula meningkat. Thailand mencatatkan kadar penembusan 49 peratus diikuti Indonesia (23 peratus), India (18 peratus) dan Filipina (15 peratus).

Jumlah pengguna yang memiliki beberapa telefon bimbit juga semakin meningkat di rantau Asia Pasifik, terutama di Malaysia, di mana hampir separuh atau 47 peratus pengguna memiliki lebih daripada satu telefon bimbit, diikuti Hong Kong (31 peratus) serta Singapura dan China (29 peratus). {ads1}

Selain telefon pintar, penggunaan tablet juga dilihat semakin meningkat di pasaran rantau ini berbanding tahun lalu, dengan Singapura mencatatkan peningkatan hampir 30 peratus kepada 47 peratus, Hong Kong (57 peratus) dan Malaysia (42 peratus). Laporan itu turut menunjukkan jenama menjadi faktor utama yang mempengaruhi pemilihan telefon pintar bagi pengguna di Asia Pasifik, dan Samsung adalah jenama paling digemari di Malaysia.


Selain itu, pengguna di Asia Tenggara turut meluangkan purata tiga jam setiap hari menggunakan telefon pintar mereka, termasuk untuk aplikasi sembang, media sosial dan hiburan seperti permainan dan multimedia, iaitu tempoh penggunaan paling tinggi di dunia. Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Australia juga memperlihatkan penggunaan perdagangan mudah alih yang semakin tinggi, dengan kadar antara 25 peratus dan 31 peratus, di mana pengguna menggunakan telefon pintar mereka untuk membeli barangan atau membuat pembayaran.


]]>
kn4g92@yahoo.com (kn4g92) Statistik Sat, 12 Jul 2014 08:10:32 +0000
Statistik tangkapan pelacur wanita warga asing di Malaysia http://www.perakini.net/statistik/705-statistik-tangkapan-pelacur-wanita-warga-asing-di-malaysia.html http://www.perakini.net/statistik/705-statistik-tangkapan-pelacur-wanita-warga-asing-di-malaysia.html

Warga China paling ramai diikuti warga Vietnam dan Thailand. Kaum cina pula mendominasi apabila tangkapan tahun 2012 meningkat lebih sekali ganda daripada jumlah tangkapa dalam tahun 2011. {ads1} {jcomments on}

]]>
kn4g92@yahoo.com (kn4g92) Statistik Sun, 23 Dec 2012 15:05:31 +0000
Statistik bankrap di Malaysia http://www.perakini.net/statistik/704-statistik-bankrap-di-malaysia.html http://www.perakini.net/statistik/704-statistik-bankrap-di-malaysia.html Akta Kebankrapan 1967

Cadangan pindaan akta ini ialah perlindungan terhadap penjamin, kajian terhadap pinjaman sewa beli kenderaan serta peluang kedua kepada ahli perniagaan muda. Ketika ini kedudukan penjamin mudah tergugat kerana pihak bank dan institusi kewangan akan menyasarkan tindakan undang-undang secara serentak terhadap peminjam serta penjamin. Tindakan perlu diambil terhadap peminjam terlebih dahulu dan cuba diselesaikan di mahkamah sebelum bertindak terhadap penjamin.

Pinjaman sewa beli kenderaan adalah faktor tertinggi kebankrapan iaitu 25.21% daripada keseluruhan 241,740 kes kebankrapan sehingga April 2012.

Peluang kedua kepada ahli perniagaan muda yang terbukti jujur iaitu pelepasan awal seperti 3 tahun berbanding 5 tahun ketika ini. {ads1}

Berdasarkan maklumat Jabatan Insolvensi Malaysia, sebab-sebab kebankrapan adalah sewa beli kenderaan (25.21%), keberhutangan persendirian (13.15%), pinjaman perumahan (12.31%), pinjaman perniagaan (11.26%).

Statistik turut menunjukkan penjamin korporat (5.26%), penjamin sosial (5.3%), kad kredit (4.93%), biasiswa/pinjaman (0.16%) dan cukai pendapatan (0.96%).

Statistik menunjukkan pecahan kebankrapan dalam kalangan orang muda iaitu di bawah 25 tahun (1.39%), 25-34 tahun (18.68%), 35-44 tahun (35.02%), 45-54 tahun (29.56%) dan 55 tahun ke atas (15.35%).

Pecahan dari segi jantina menunjukkan 71.04% individu bankrap adalah lelaki manakala dia negeri tertinggi dengan kes bankrap adalah Selangor (52,917 kes) dan Wilayah Persekutuan (42,834 kes). {jcomments on}

]]>
kn4g92@yahoo.com (kn4g92) Statistik Sun, 23 Dec 2012 14:58:56 +0000
Taska berdaftar di Malaysia http://www.perakini.net/statistik/701-taska-berdaftar-di-malaysia.html http://www.perakini.net/statistik/701-taska-berdaftar-di-malaysia.html Taska yang berdaftar dengan JKM adalah lebih terjamin dari segi kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak kerana mempunyai pengasuh yang berkemahiran­ di samping premis yang bersesuaian dan selamat kepada si kecil.

Sesebuah Taska yang mendapat perakuan pendaftaran daripada JKM adalah memenuhi piawaian yang ditetapkan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Ini bermaksud Taska itu sudah memenuhi semua syarat minimum yang ditetapkan sebagai Taska berkualiti merangkumi aspek pengasuhan­ dan penjagaan, pengendalian mahupun keselamatan serta kesesuaian premis itu sendiri. {ads1}

Proses pendaftaran Taska membabitkan kelulusan dan sokongan beberapa agensi kerajaan lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan sebelum perakuan pendaftaran JKM dikeluarkan.

Bagi pengasuh, JKM menetapkan syarat mestilah wanita, warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Semua pengasuh di Taska diwajibkan hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang dianjurkan oleh agensi latihan yang diiktiraf JKM. Bukan sahaja mereka, pengusaha atau penyelia Taska juga mestilah memiliki sijil ini.

KAAK tersebut meliputi aspek teori dan kemahiran (praktikal) bagi membantu pengusaha dan pengasuh untuk memahami mengenai perkembangan dan penjagaan kanak-kanak.

Tahap kesihatan dan sama ada pengasuh mempunyai rekod jenayah juga diperiksa. Bagi memastikan hak si kecil dilindungi, JKM juga menetapkan nisbah pengasuh dan kanak-kanak yang perlu dijaga mencukupi mengikut nisbah yang ditetapkan, iaitu seorang pengasuh bagi lima kanak-kanak di bawah usia tiga tahun (1:5), nisbah 1:10 kanak-kanak berusia antara tiga hingga empat tahun, manakala 1:4 untuk kanak-kanak orang kurang upaya (OKU).

JKM syaratkan pengu­saha perlu mematuhi ruang lantai iaitu 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak. Antara syarat lain lagi ialah menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang mengikut peringkat umur kanak-kanak. Kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai dengan kanak-kanak seperti tandas, kerusi meja dan barang-barang permainan juga perlu mematuhi piawaian.

Umum mengetahui bahawa proses pendaftaran Taska bukanlah suatu yang mudah kerana sukarnya mendapat kelulusan daripada pihak Bomba dan Pihak berkuasa tempatan. Sudahnya banyak yang tidak berdaftar. Menyedari perkara ini, baru-baru ini Dato Seri Najib selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memberi jaminan bahawa Kerajaan akan mempermudah dan mempercepatkan pendaftaran Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) baru, tanpa perlu mendapat kelulusan agensi-agensi teknikal terlebih dahulu, jika mereka memenuhi standard minimum yang ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan RM10 juta kepada penyedia pusat pendidikan awal kanak-kanak bagi membuka Taska baru yang berkualiti supaya semua kanak-kanak mendapat peluang membangun dengan kanak-kanak yang lebih bernasib baik. Melalui inisiatif ini, kerajaan menjangka dapat membantu penubuhan 1,000 buah Taska baru dengan kadar RM10,000 bagi setiap Taska yang akan memberi manfaat kepada hampir 30,000 kanak-kanak mulai tahun depan.

Hasil carian berita di Internet, terdapat percanggahan fakta antara bulan Mac dan April 2012.

Mac 2012 - 946 (Pengarah Perundangan dan Advokasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dr Zaitol Salleh)
April 2012 - 819 (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seik Kei).
November 2012 -  1,767 (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Najib Tun Razak)

{jcomments on}

]]>
kn4g92@yahoo.com (kn4g92) Statistik Sat, 01 Dec 2012 15:04:21 +0000
Takut kahwin? http://www.perakini.net/statistik/687-takut-kahwin.html http://www.perakini.net/statistik/687-takut-kahwin.html SEKITAR 2.5 juta rakyat Malaysia, yang berusia lebih 25 tahun, masih belum atau tidak berkahwin. Berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 dan jumlah disebut itu mewakili 16.7 peratus daripada penduduk negara ini.

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin. Daripada jumlah itu, 55.6 peratus adalah lelaki. {ads1}

Sebanyak 44.7 peratus daripada responden lelaki tidak berkahwin kerana masalah kewangan, tiada calon sesuai (19.3 peratus); kerjaya (12.8 peratus); komitmen keluarga (6.3 peratus) dan selebihnya sebab lain. Sebanyak 40 peratus daripada wanita yang tidak berkahwin pula memberi alasan tiada calon sesuai, masalah kewangan (14 peratus), kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus); komitmen keluarga (7.4 peratus) dan selebihnya sebab lain.

Sebanyak 40 peratus wanita tidak berkahwin kerana tiada calon sesuai, masalah kewangan (14 peratus), kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus), komitmen keluarga (7.4 peratus) dan selebihnya sebab lain. {jcomments on}

]]>
kn4g92@yahoo.com (kn4g92) Statistik Thu, 17 May 2012 13:53:46 +0000
2.27 juta pengundi baru didaftar antara 2008-2011 http://www.perakini.net/statistik/684-227-juta-pengundi-baru-didaftar-antara-2008-2011.html http://www.perakini.net/statistik/684-227-juta-pengundi-baru-didaftar-antara-2008-2011.html Seramai 2,270,002 pengundi baru didaftarkan dari 2008 hingga 2011 dengan kaum Melayu merupakan pemilih baru tertinggi.Daripada jumlah itu, 155,420 pemilih didaftarkan pada 2008, 279,270 pemilih (2009), 826,462 pemilih (2010) dan 1,008,850 pemilih (2011). Melayu merupakan kaum tertinggi mendaftar pada 2008 iaitu seramai 82,309 pemilih (53 peratus) diikuti kaum Cina (29.4 peratus) dan India (8.1 peratus). {ads1}

Pada 2009, seramai 187,828 pemilih (67.3 peratus) ialah Melayu diikuti Cina (19.8 peratus) dan Bumiputera Sarawak (4.8 peratus) manakala pada 2010, seramai 466,137 pemilih (56.4 peratus) adalah orang Melayu diikuti Cina (27.0 peratus) dan India (6.6 peratus), katanya.

Bagi 2011, seramai 611,498 pemilih (60.6 peratus) ialah Melayu diikuti Cina (22.0 peratus) dan India (6.7 peratus). Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan Selangor mencatatkan pendaftaran jumlah pengundi baru tertinggi iaitu seramai 165,222 orang diiikuti Johor (124,240 orang), Perak (96,710 orang), Sabah (86,927 orang) dan Kedah (84,704 orang). {ads2}

Ini diikuti dengan Kelantan seramai 69,344 orang, Pulau Pinang (64,029 orang), Sarawak (63,305 orang), Kuala Lumpur (61,040 orang), Pahang (59,639 orang), Terengganu (45,190 orang), Negeri Sembilan (42,009 orang), Melaka (31,827 orang), Perlis (9,881 orang), Labuan (2,863 orang) dan Putrajaya (1,920 orang).

]]>
kn4g92@yahoo.com (kn4g92) Statistik Fri, 27 Apr 2012 13:02:30 +0000
Statistik proses pemutihan PATI http://www.perakini.net/statistik/682-statistik-proses-pemutihan-pati.html http://www.perakini.net/statistik/682-statistik-proses-pemutihan-pati.html Sehingga hari ini (10/4/2012), proses pemutihan telah berjaya memutihkan seramai 393,358 orang PATI untuk bekerja dengan 76,195 majikan daripada pelbagai sektor seperti perkilangan, perkhidmatan, pembinaan, perladangan dan pertanian.

Seramai 127,503 PATI telah diampunkan dan memilih untuk pulang ke negara masing-masing dengan Indonesia seramai 79,565 orang, diikuti India (9,829), Nepal (8,743), Myanmar (7,474), Kemboja (4,932); Bangladesh (4,630), Vietnam (2,972), Pakistan (2,623), Filipina (2,169), Sri Lanka (1,625), China (1,401) dan negara-negara lain (1,540). Seramai 96,044 PATI memilih jalan udara, 30,894 memilih jalan laut dan 403 PATI menggunakan jalan darat daripada jumlah tadi. {ads1}

Dalam tempoh proses pemutihan, kemasukan pekerja asing baru ditangguhkan buat sementara waktu. Namun, memandangkan terdapat keperluan mendesak pelbagai sektor, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pengambilan pekerja asing baru. Sehingga hari ini, sebanyak 1,994 permohonan telah diterima untuk mendapatkan 734,030 pekerja asing. Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Permohonan Pekerja Asing (Jarpak) telah memperakukan sebanyak 1,713 permohonan melibatkan 177,108 pekerja asing baru. Oleh kerana proses pemutihan telah tamat, permohonan bagi mendapat pekerja asing baharu dibuka dan semua permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Pekerja Asing. {ads2}

Mulai 1 September tahun lalu, kerajaan telah mendapat levi berjumlah lebih RM1.5 bilion yang melibatkan 957,461 PLKS dan 265,490 PATI dari 48,770 permohonan dari pelbagai sektor. Dari segi penguatkuasaan, bermula dari 20 Oktober 2011 sehingga ke hari ini, sebanyak 3,238 operasi telah dilaksanakan yang melibatkan 17,232 pegawai dan seramai 63,849 orang telah diperiksa manakala seramai 265 majikan dan 8,908 PATI ditangkap. Daripada jumlah tersebut, 46 majikan dan 1,323 PATI telah didakwa, 92 majikan dan 621 PATI dikompaun, 20 majikan dan 2,100 PATI masih dalam siasatan, 1,558 PATI telah diusir, 154 PATI merupakan mangsa pemerdagangan manusia manakala 107 majikan dan 3,152 PATI dibebaskan. Penguatkuasaan akan diteruskan selepas 12 tengah malam ini.

Sumber Utusan Malaysia 11/4/2012{jcomments on}

]]>
kn4g92@yahoo.com (kn4g92) Statistik Wed, 11 Apr 2012 13:49:53 +0000
Statistik rakyat Malaysia ditahan di luar negara http://www.perakini.net/statistik/681-statistik-rakyat-malaysia-ditahan-di-luar-negara.html http://www.perakini.net/statistik/681-statistik-rakyat-malaysia-ditahan-di-luar-negara.html
Kesalahan
Jumlah
Dadah
899
Pemalsuan Kad Kredit
248
Mencuri 105 Imegresen 85 Jenayah Komersial 84 Pemerdagangan manusia 50 Pemalsuan dokumen 44 Membunuh 27 Lain-lain 158 Jumlah 1,941

Statistik Kementerian Luar yang diambil dari tahun 1991 hingga tahun 2011

Seramai 1,755 yang ditahan telah disabitkan kesalahan, manakala 186 lagi telah dibebaskan. Daripada statistik itu, katanya seramai 81 orang rakyat negara ini dipenjarakan seumur hidup, 33 dikenakan hukuman mati manakala selebihnya dipenjarakan antara lima hingga 30 tahun di luar negara, katanya. Daripada 33 orang yang dikenakan hukuman mati itu, 25 daripada mereka melakukan kesalahan berkaitan dadah, manakala lapan lagi kerana membunuh. Tahun paling tinggi rakyat negara ini ditahan atas kesalahan dadah pula adalah pada 2007 iaitu seramai 145 orang, 2008 seramai 138 ditahan, 2009 (135), 2010 (126) dan tahun lepas seramai 72 orang ditahan. {ads1}

Ini membuktikan kesalahan paling serius dilakukan rakyat negara ini di negara luar adalah dadah dan perkara yang sering dikaitkan dengannya adalah 'keldai dadah'. Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara sukarela atau terpedaya untuk menjadi kurier membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Antara taktik penyeludupan adalah menyembunyikan dadah tersebut di dalam kenderaan, dalam bagasi atau beg pakaian, mengikat atas badan atau menelannya.

Kira-kira 80 peratus daripada kalangan rakyat negara ini yang dikesan terlibat menjadi keldai dadah adalah terdiri daripada golongan lelaki. Laporan dari Bahagian Konsular Wisma Putra itu membuktikan bilangan lelaki adalah golongan tertinggi terlibat menjadi keldai dadah berbanding wanita iaitu hanya 20 peratus. Bila bercakap mengenai keldai dadah, tentu kita akan terbayangkan wanita selalunya yang akan jadi mangsa atas faktor terjerat dalam percintaan atau mengejar kemewahan. Tetapi sebenarnya lelaki juga tidak terkecuali dan golongan ini dikesan paling ramai terlibat. {jcomments on}

]]>
kn4g92@yahoo.com (kn4g92) Statistik Sat, 31 Mar 2012 12:12:07 +0000
Statistik kes penipuan Internet di Malaysia http://www.perakini.net/statistik/680-statistik-kes-penipuan-internet-di-malaysia.html http://www.perakini.net/statistik/680-statistik-kes-penipuan-internet-di-malaysia.html
Tahun
Kes transaksi melalui 'Mudah.My"
Kes Transaksi melalui lain-lain 'Online'

Jumlah kerugian melalui 'Mudah.My' (RM)

Jumlah kerugian melalui lain-lain 'online' (RM)
Jumlah Keseluruhan
Jumlah Keseluruhan Kerugian
2009
458
93
616,522.89
169,507
551
786,029.89
2010
739
375
1,216,506.64
1,908,330.08
1114
3,124,36.72
2011*
1009
415
1,679,417.12
1,840,000.22
1424
5,519,417.34

2011 - Januari hingga Oktober {ads1}

Sumber: Kenyataan media PDRM

Angka Jenayah Siber Sepanjang Tahun 2011 Meningkat Sebanyak 88%. Menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh pihak CyberSecurity, ia menunjukkan dimana kadar jenayah siber di Malaysia meningkat sehingga 88% pada tahun lepas.

Dari segi angka jenayah siber yang dilaporkan, pihak CyberSecurity mengatakan terdapat sebanyak 15,218 kes dilaporkan sepanjang tahun lepas, berbanding dengan hanya 8,090 kes sahaja pada tahun 2010. Angka ini hanyalah dari segi kes yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa, dan tidak termasuk angka kes jenayah siber yang tidak dilaporkan pengguna.

Kebanyakkan daripada kes jenayah siber yang dilaporkan adalah kes penipuan siber sebanyak 5,328 kes, cubaan pencerobohan sebanyak 4,433 kes dan juga gangguan siber sebanyak 459 kes. Perkara ini membuatkan lebih kurang RM116 juta kerugian selama dua tahun kesan daripada jenayah siber. {ads2}

Pada masa yang sama, pihak CyberSecurity turut berkongsi angka pengguna internet di Malaysia, dimana ia dianggarkan terdapat lebih daripada 17 juta pengguna yang mengakses internet setiap hari, dan daripada mereka, secara purata, masa sebanyak 20 jam dihabiskan setiap minggu melayari internet.
{jcomments on}

 

]]>
kn4g92@yahoo.com (kn4g92) Statistik Fri, 30 Mar 2012 13:52:32 +0000
Statistik kes orang hilang http://www.perakini.net/statistik/679-statistik-kes-orang-hilang.html http://www.perakini.net/statistik/679-statistik-kes-orang-hilang.html Kes orang hilang terutamanya melibatkan gadis dilihat membimbangkan ketika ini.

dari 2008 dan tahun lepas, sejumlah 7,662 orang dilaporkan hilang di seluruh negara.

Daripada 1,097 yang dilaporkan hilang sejak sepanjang tahun 2011, hanya 406 sahaja berjaya ditemui semula. Purata seramai dua orang dilaporkan hilang setiap hari di seluruh negara. {ads1}

Daripada jumlah itu, amat mengejutkan apabila seramai 3,226 orang yang hilang adalah remaja berusia antara 14 dan 17 tahun. Hasil analisis polis mendapati punca orang hilang ini terdiri daripada 3 faktor iaitu mengikut kekasih, mencari kebebasan di luar rumah dan pengaruh rakan-rakan.Tetapi, sebahagian besar daripadanya lari mengikut kekasih.

Malah, sejak 2000, purata setiap tahun dianggarkan seramai 3,310 orang hilang atau 65.9 peratus kes membabitkan golongan wanita.

Bahkan tahun lalu, jumlah kes orang hilang melibatkan wanita adalah tertinggi dalam tempoh lima tahun iaitu 66.46 peratus atau 3,559 orang.

Sumber : Utusan Malaysia, 28 Mac 2012

Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam PDRM, daripada 25,243 orang dilaporkan hilang lima tahun lalu, seramai 3,957 atau hampir 16 peratus membabitkan kes mengikut kekasih.

Paling menarik, 99.9 peratus orang hilang demi cinta buta ialah perempuan

, namun ada juga lelaki yang lari dari rumah kerana mengikut kekasih. Kesemua kes melibatkan Bumiputera bukan Islam.

Namun perangkaan ini amat menakutkan kerana ia menunjukkan bahawa kini semakin ramai gadis sanggup melarikan diri semata-mata ingin bersama kekasih, yang menjadi faktor paling tinggi kes orang hilang di Malaysia setiap tahun sejak 2000.

"Tahun lalu saja, seramai 868 daripada 5,355 kes orang hilang kerana faktor itu, angka tertinggi dalam tempoh lima tahun. Pada 2003, kes lari kerana cinta mencatat peratusan terendah iaitu 14.1 peratus atau 698 daripada keseluruhan 4,939 kes," jelas jurucakap jabatan itu.

Faktor kedua yang mendorong kes orang hilang ialah pengaruh kawan sebaya, diikuti perselisihan faham dengan keluarga terutama ibu bapa. Seramai 3,741 kes orang hilang dalam tempoh lima tahun itu akibat pengaruh rakan sebaya dan 69.4 peratus atau 2,598 orang adalah wanita.

Kes lari kerana bergaduh dengan ahli keluarga pula membabitkan 2,636 wanita atau 74.4 peratus daripada 3,540 kes yang dilaporkan dan antara puncanya kerana ingin mencari kebebasan di luar.

"Ada juga kes hilang akibat pergi cari pekerjaan, tidak siuman atau bodoh, tidak minat belajar dan paling melucukan dibawa lari oleh ibu atau bapa sendiri. Punca lain ialah tertipu dijadikan pelacur, penagih dadah dan mangsa cabul oleh keluarga," ujar jurucakap itu.

Sehingga kini terdapat 20 punca spesifik untuk kes orang hilang yang diketahui secara jelas antaranya akibat bencana alam, hilang di laut atau hutan, berasa malu terhadap masyarakat sekeliling, merajuk atau kurang diberi perhatian keluarga.

Remaja berumur 14 hingga 17 tahun merupakan golongan yang terbanyak dilaporkan hilang di negara ini. Remaja perempuan kaum Melayu pula mencatatkan statistik tertinggi hilang berbanding kaum-kaum lain, tetapi merupakan kadar tertinggi mangsa yang mudah dijumpai semula.

Tahun lalu merupakan angka tertinggi kaum Melayu teramai dilaporkan hilang iaitu 3,454 orang atau 64.5 peratus daripada keseluruhan 5,535 kes di seluruh negara.

Dalam pada itu, Johor dan Selangor merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kes orang hilang. Malah kedua-dua negeri tersebut sering bertukar kedudukan tempat pertama dan kedua setiap tahun.

Misalnya, pada tahun 2000, Johor mencatatkan 996 kes, angka terbesar dalam sejarah, diikuti Selangor dengan 955 kes. Tahun berikutnya, posisi itu diambil alih pula oleh Selangor dengan 958 kes dan Johor hanya 918 kes.

Tahun 2002, keadaan bertukar lagi antara dua negeri itu yang silih berganti lagi termasuk senario serupa direkodkan pada tahun 2003 dan 2004.

Terengganu merupakan negeri tertinggi kes orang hilang dijumpai semula, diikuti Perlis. Setiap tahun, purata dua negeri ini menyaksikan lebih 80 peratus kes orang hilang berjaya ditemui semula, berbanding kadar nasional hanya kira-kira 60 peratus.

 

Sumber : kosmo.com.my

 

 

 

 {jcomments on}

]]>
kn4g92@yahoo.com (kn4g92) Statistik Wed, 28 Mar 2012 13:10:59 +0000