Banner
  • Search

  • Perakini

    Akal untuk Berfikir

    Sunday
    Dec 21st

    Keuntungan Petronas

    User Rating: / 1
    PoorBest 

    PETRONAS akan meningkatkan perbelanjaan modalnya sehingga kepada RM250 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang atau antara RM50 bilion hingga RM55 bilion setahun, yang akan digunakannya untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran minyaknya dan menaik taraf kemudahan pengeluaran sedia ada. Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata tambahan perbelanjaan modal itu, berbanding hanya RM40 bilion sekarang adalah bagi membolehkan syarikat minyak dan gas nasional itu mengekalkan paras pengeluaran semasanya dalam tempoh antara 10 hingga 12 tahun akan datang. Katanya, secara purata telaga minyak dikendalikan PETRONAS mencatatkan penyusutan pengeluaran antara satu hingga dua peratus setahun, malah ada sesetengah daripadanya merosot sehingga 10 peratus.

    Beliau menambah, kira-kira 60 peratus telaga minyak yang dikendalikan PETRONAS di negara ini pula sudah mencecah usia 26 tahun.

    “Zaman mudah menemui dan menghasilkan minyak sudah berakhir,” katanya pada sidang mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga PETRONAS berakhir 31 Disember 2010 di Kuala Lumpur, semalam.

    Dalam tempoh suku ketiga itu, keuntungan sebelum cukai syarikat minyak dan gas nasional itu melonjak 47 peratus kepada RM30.15 bilion, daripada RM20.52 bilion pada suku sama tahun lalu.
    Pendapatannya dalam tempoh itu meningkat 12.4 peratus kepada RM60.04 bilion berbanding RM53.43 bilion berikutan jumlah pengeluaran dan harga minyak mentah yang lebih tinggi.

    Keuntungan sebelum cukai terkumpulnya bagi tempoh sembilan bulan naik 34.8 peratus kepada RM69.74 bilion daripada RM51.73 bilion dalam tempoh sama tahun kewangan sebelumnya.

    Pendapatan terkumpulnya sepanjang tempoh itu meningkat 15.8 peratus kepada RM175.58 bilion daripada RM151.61 bilion.

    Berikutan keputusan kewangan kukuh itu, PETRONAS kini berada di landasan kukuh untuk mencapai sasaran keuntungan sebelum cukai sebanyak RM80 bilion bagi seluruh tahun kewangan semasa.

    Shamsul Azhar berkata, Petronas terus mencatat prestasi asas yang kukuh pada suku ketiga di sebalik berlakunya peningkatan kos dan kesan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

    “Harga minyak mentah dijangka kekal tidak menentu sepanjang tahun ini dengan gabungan faktor ketegangan politik di negara pengeluar minyak utama serta kebimbangan terhadap kenaikan inflasi global,” katanya.

    Beliau menegaskan, prestasi keseluruhan PETRONAS secara keseluruhannya meningkat, yang ditunjukkan menerusi pulangan yang lebih tinggi ke atas purata modal digunakan (ROACE) daripada 25 peratus kepada 28.2 peratus.

    Jumlah aset PETRONAS meningkat kepada RM430.5 bilion berbanding RM410.9 bilion pada 31 Mac 2010, yang disumbangkan oleh keuntungan tunai daripada tawaran awam permulaan (IPO) Petronas Chemical Group Bhd (PCGB) dan Malaysia Marine And Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB).

    Jumlah hutang kepada nisbah jumlah asetnya berkurang kepada 0.11 kali setakat 31 Disember lalu, berbanding 0.13 kali pada 31 Mac 2010 hasil daripada pinjaman yang lebih rendah berikutan pengukuhan ringgit serta jumlah aset yang lebih tinggi.

    Sementara itu, Shamsul Azhar berkata PETRONAS akan mengubah tahun kewangannya daripada 31 Mac kepada 31 Disember bermula tahun kewangan akan datang berkuat kuasa 1 April ini.

    Katanya, langkah itu adalah bagi membolehkan PETRONAS menyelaraskan tahun kewangannya dengan keperluan berkanun di beberapa negara yang ia beroperasi serta menyokong strategi dan pelan rancangan kumpulan yang sudah dipertingkatkan.

    Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
     

    Perakini © Para Pembaca bebas menyalin artikel ini tetapi hendaklah meletakkan pautan asalnya bagi memudahkan rujukan semula. Artikel-artikel di sini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

    Banner
    Facebook MySpace Twitter Google Bookmarks RSS Feed 

    Waktu Solat

    Lagu nasihat
    Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com

    Kenyataan Media@alternatif

    Aljazeera.Net

    JComments Latest

    • There's certainly a great deal to find out about t...
    • Your method of explaining the whole thing in this ...
    • Undeniably consider that which you stated. Your fa...
    • Wow, incredible weblog format! How long have you e...
    • Dalam merawat Psoriasis, herba-herba yang bersesua...